life

August 14, 2013

Allah telah permudahkan urusan ku. -hanya luahan apa yang terbuku-

hey it has been a very long time aku tak update blog,tak cerita apa2 since last post aku cerita aku nak masuk matriks and now yeah,aku dah habis matriks dengan jayanya woww my life sangat busy well not tht busy i do nothing actually nak tunggu job datang ke riba memang tak aa. so tujuan aku menulis ni kira macam luahan sikit aa sebab my friends are soooo busy with their study and some are spending their quality times with their loves one, well i don't blame them actually, itu lumrah lagipun sapa nak dengar luahan aku yang tak seberapa ni i mean yeah takda benda pun and i guess tak semua benda kita nak kena share with everyone.

 ini cerita macam betapa aku rasa bertuah nya aku emm aku selalu pray to Allah supaya dia permudah kan segala urusan aku and ya lama2 aku discover sendiri Dia kabul kan permintaan aku tu for example,

 back in september 2012, masa raya 2012 ni tokwan,atuk aku belah ibu,dia sakit terlantar kat wad and tht was the first time actually beraya kat wad dia ada jangkitan kuman rasanya kat buah pinggang so,masa 2012 kita raya early on sept  tak silap aku la, masa ni dah habis raya, semua yang study pun dah balik tempat belajar memasing, dah  two weeks lepas tu rasanya, instinct aku kuat nak balik, then aku cll ibu hari jumaat tak silap,ibu kata dia dekat kl,and oh masa raya tu tokwan kat hospital teluk intan lagi,masa aku call jumaat tu dia dah transfer ke hospital selayang,aku ingat aku call ibu lepas habis kelas,suara dia macam dah lain,so aku syak ada sesuatu,aku pun dah mula gelisah,tak sedap hati semua,petang tu abah amik aku,then terus amik kakak kat seri iskandar,adik aku yang dekat smka slim river tu pun balik jugak. kebetulan semua balik weekend yang sama. so aku tanya abah,bila ibu pergi selayang?dengan sapa? abah cakap ibu pergi dengan opah sebab tokwan dah tenat, pagi jumaat tu ibu gerak. setahu aku ibu tak eprnah gerak sampai kesana,ini pulak gerak berdua dengan opah.  so dalam pukul 8 malam tu,sampai teluk intan singgah makan,time tu ibu call cakap tokwan dah takda,aku memang terkejut,tktau nak cakap apa? tapi masa dia hembus nafas terakhir tu,anak2 dengan isteri nya ada kat situ,sempat opah tengok muka tokwan. so, malam tu jugak,bawa balik rumah aku kat teluk intan ni,sebab nak kebumi kat sini. ibu balik jugak malam tu, kami yang kat rumah siap kemas rumah,kosong kan apa yang patut, jenazah dah siap mandi dan kapan kat hospital sana. so ibu nak balik sini, dia cerita dia memang tak tahu jalan,dia ikut je semua sign board yang ada,so sampai jugak rumah. dalam pukul dua pagi sampai,jenazah. kat sini aku nampak tuhan permudah kan urusan kami,ibu yang tak pernah drive sampai ke sana, boleh pergi dan selamat sampai dengan selamat nya,dan kami balik untuk tolong kemas rumah,serta sedara2 aku yang lain. Terimah kasih Allah kerana permudah kan urusan kami.



 Tapi enam bulan lepas tok wan meninggal,opah pula pergi 30 march lepas, tapi yang ini memang cukup sedih,kadang bila teringat kan opah aku sebak,sebab dia dah tinggal lama dengan aku dan famili.
cerita macam ni,aku balik weekends biasa,tapi masa ni adik aku demam,so masa balik matrik,aku dah rasa macam nak demam,esok nya ya aku demam dan kawan2 kelas aku suruh pergi jumpa doktor,doctor bagi aku antibiotik,aku telan dan esok aku ok. aku kalau bab2 demam ni memang aku gagah, maksud nya sebelum ni kalau aku demam aku diam kan saja,tak makan ubat and yeah aku baik2 saja esoknya. sama macam ni,aku ok saja tapi hari petang rabu aku rasa macam mula demam balik,padahal antibiotik aku dah habis kan,aku pun pelik,sampai lah petang khamis aku memang tak tahan sangat,selalu aku tahan,ala takat demam apa la sangat kan,tapi ni lain,tak pernah dalam hidup aku aku nangis sebab demam,aku call ibu nangis2 cakap tak larat,kebetulan itu petang khamis, so ibu cakap dia ada dekat rumah baru hantar opah pergi cuci darah(haemodaelesis),aku cakap tak payah la,nanti malam ok la,tapi ibu berkeras jugak nak amik aku balik,so aku pergi jumpa felo minta kebenaran semua tu,kebetulan pula felo bertugas tu yang baik dan lembut,dalam pukul 6,ibu sampai dan time tu aku rasa demam aku yang kuat sangat tu dah hilang,aku balik jugak,amik opah dari tempat cuci,dia pun demam,tapi dia kurang bercakap,tapi aku buat tak tau je la,then pergi klinik doctor bagi mc dengan antibiotik. lepas tu balik dan mala mtu aku tido awal,dan kebetulan lagi adik aku yang di smka tu balik juga jumaat tu,demam aku dah kurang.pagi jumaat tu opah lain gila,dia tak cakap sampai dah terberak terkencing atas katil,ibu bawa dia pergi mandi dan aku tolong mana yang patut,tapi opah lain sangat2,dia ikut je,tak cakap banyak pun, bawa dia pergi emergency kat hospital, masa kat rumah tahi dia warna,hitam, ibu cakap itu tanda orang nak mati,aku mula rasa tak sedap hati,jangan lah,aku baru ingat habis matrik nak suruh dia ajar aku mengaji. hmm lepas tu aku balik rumah,opah masuk ward,. dia masuk hospital sebab orang yang cuci darah tu tak boleh cuci darah opah sebab apa aku tak ingat.
malam tu,ibu tunggu kat ward,pagi sabtu,akuganti tempat ibu,aku bawaq lecture note biology sebab dah nak pspm2 masa tu, aku ingat opah biasa2 saja macam dia masuk wad macam sebelum ni,tapi bila aku sampai,terkejut aku sebab ada life support,pastu dengan er diagram tu lagi,bila dengar bunyi dia aku seram,tak tau. sebab bila2 boleh mati.tapi opah dah lain,dia koma,doctor kata kena serangan jantung masa dia tak sedarkan diri awal pagi tu,
ibu kata baca yasin,pastu cakap dengan dia,masa tu aku tak boleh nak cakap,sebak sangat,nak pegang dia pun aku nak nangis,tak pernah aku nampak dia macam ni. aku gagah kan jugak,pegang tangan dia,rasa kulit dia,sejuk. aku baca yasin, kadang tiba2 saja nafas dia turun naik,aku cemas,tolong lah jangan macam ni,tengok er diagrm tu,aku memang takut,sungguh tak ready lagi opah nak pergi masa tu,ibu pula datang,itu bukan masa melawat so sorang je yang kena ada di situ,aku turun beli topup dan roti untuk sarapan aku pagi tu. bila mnak masuk guard akna tahan,sebab aku takda pas,tapi dia bagi juga masuk,masa aku naik ibu dekat luar,doctor tengah check semua patient. ibu masuk,aku cakap biar aku di luar saja,ibu kata pergi la tidur dalam surau tu, ya aku mengantuk tapi aku tak boleh tidur, macam mana nak tenang kalau opah macam tu,aku tengok jam dalam pukul 10 lebih rasanya, ahh baik aku amik wudhuk buat solat dhuha dan solat hajat supaya permudah urusan,masa sujud terakhir aku nangis sepuas puas nya,kalau tuhan anak ambil dia,ambil lah ,aku terima dan tidak seksa opah dengan banyak2 mesin. lepas tu,aku duduk dan baca yasin. tak lama, ibu datang dengan menangis dan cakap opah dah takda dalam pukul 12 macam tu, perasaan masa tu aku tak dapat cerita kan bagaimana.
lepas tu,mandi kan jenazah,tapi aku demam so aku tak dapat mandi kan, tapi aku dapat naik van jenazah dan bawa opah balik ke rumah. tapi masa tu hujan,lepas asar kebumi kan arwah opah. kakak dari kolej rush balik,untuk jumpa opah kali terakhir. dan semua nya selamat.
tapi pusara opah tak dapat bersebelahan kubur tokwan,sebab hujan dan tanah bertakung air,pusara tokwan di pintu pagar masuk,opah pula di hujung sekali,tapi tak mengapa mekera jumpa jugak di sana.

 tuhan permudah kan urusan kami,semua berjalan lancar,kalau lah aku tak menangis dan ibu tak suruh aku balik,mungkin aku tak dapat dapat jumpa arwah opah,tapi tuhan selalu kabul kan doa hamba nya  dan aku dapat jumpa opah buat kali terakhir dan cium nya,mungkin aku terlepas kelas2 penting di matriks,tapi aku bersyukur dapat bersama opah di saat terakhir.

 aku tak cerita kan pada sesiapa semua ni,lihat panjang sangat,siapa yang mahu dengar?

dulu masa aku dapat masuk matriks,opah yang paling seronok sekali siap nak buat pulut kuning lagi,tapi aku cakap, ala opah ni baru matriks la,bukan universiti pun.  tapi dia cakap sama le jugak,janji dapat belajar.

tapi ini,aku dapat masuk universiti,kalau mereka ini masih ada,aku pasti mereka lah yang paling seronok sekali,terutama opah,mau dibuat nya kenduri. bila dikenang balik, banyak salah silap, dan kenangan bersama tokwan dan nenek ku, semoga mereka aman di sana.
AL-FATIHAH.

No comments:

Post a Comment